Thursday, October 17, 2013

Lirik Lagu Masih Perlu Tasha Manshahar


MASIH PERLU
Tasha Manshahar


Bilaku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hati ku luka

Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
disaat diri derita
Mencari engkau tiada

Aku perlu dirimu
HiburkaN siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Hadirlah untukku
Milikku seperti dulu

CHORUS
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada

Meskipun engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat aku masih lagi
Perlu engkau disini


(Ulang Chorus)

Masih perlu
Engkau disini




Sunday, April 21, 2013

Cahaya Mata

Salam semua..
Macam biasa lah tidak ada kata lain selain.. maaf maaf maaf,, hahaha.
ok hari ni nk membebel pasal topik yang sangat menyayat hati pikah.. Dah lama dah ada perasaan ini. Semenjak kawan serumah sendiri masa belajar dekat UNISEL tu, dia lahirkan baby girl. Anak sulung.. Anak sulung PEREMPUAN... SubahanAllah.. Indahnya kebahagian yang diberi olehNya.. jadi pikah nak luahkan, bagi pendapat dan kita sama-sama muhasabah diri kita tidak kira yang baca ni anak sulung ke, anak ketiga ke anak bongsu ke anak tunggal ke. proses yang di laluinya sama sahaja.




Soor Dena. I'm using your picture, because I love this picture!

Di saat selepas seorang kaum adam melafazkan akad nikahnya, maka bermulalah kehidupan baru bagi pasangan itu. Segala rutin kehidupanya berputar. Si perempuan menjadi seorang isteri seperti ibunya dinikahi oleh ayahnya.. malah Si lelaki sudah menjadi seorang suami sama seperti ayahnya dulu menikahi ibunya. SubahanAllah, Hidup ini sangat berputar seperti roda. Baru mereka merasakan saat itu, seperti mana ibu ayah mereka harungi dahulu kala. Kalau tidak, mereka hanya melihat sendiri majlis akad nikah saudara-mara, sahabt handai.


Again. I just love this AMAZING picture.

Selepas sampai masa Allah memberi nikmat yang sangat bahagia, si suami akan menjaga si isteri selama 9 bulan dengan penuh kesabaran. Baru si suami tahu betapa sukarnya, sabarnya, hebatnya ayahnya dahulu ingin menjaga ibunya demi dirinya di dalam perut ibunya itu. SubahanAllah. Hidup ini sangat berputar seperti roda. Si isteri pula akan menjaga makan, minum dan kesihatanya selama 9 bulan demi bayi yang dikandung itu.Dengan itu, barulah si isteri merasai sendiri apa yang ibunya rasa sewaktu mengandungkan dirinya. SubahanAllah. Hidup ini sangat berputar seperti roda. Masa inilah ibu si isteri itu, cerita kisah ibunya.. tidur tak lena.. risaukan dia di dalam perut.. mendoakan yang terbaik untuk dia. Di dalam setiap doa yang dikirimkan tidak lepas dari mendoakan dia menjadi seorang perempuan yang solehah. Mendoakan agar menjadi seorang Muslimah. Seorang perempuan yang sentiasa dirahmati olehNya, seorang yang taat pada ibu bapa, seorang yang sentiasa menjaga maruahnya. Sungguh  terlalu banyak harapan yang diinginkan dari seorang bayi itu, yang masih lagi di dalam perut ibunya. Malah, ibunya itu tidak putus berusaha memohon pada Allah, agar dikurniakan anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Ya Allah betapa besarnya harapan ibu ayah si perempuan itu. Sekarang ini, si perempuan itu pula melakukan perkara yang sama seperti apa yang ibu ayah dia lakukan. Pasti si perempuan mengharapkan yang sama. Malah si perempuan mesti inginkan anaknya menjadi seorang anak yang soleh/solehah. SubahanAllah. Indahnya hidup kita ini sebenarnya.



Again. Sorry Dena, Cant help it


Tiba masanya, si isteri bertarung nyawa demi anaknya itu di dalam wad. Sewaktu itu, si suami berdoa, memberi semangat, dan mengharapkan semua selamat. Sebelum itu, pasangan itu, sering melihat jam, menanti kehadiran orang baru di dalam hidup mereka dan sudah pastinya akan membahagiakan mereka nanti. Apabila si isteri dan suami mendengar tangisan yang dinantikan, SubahanAllah, tiada kata lain selain Alhamdullilah kepada yang Maha Esa. Kelihatan si isteri pucat dan bayi itu, SubahanAllah, sungguh besar nikmat yang diberi. Tidak terkata.

Lahirnya seorang bayi di dunia ini, maka Allah telah memberi amanah kepada mereka untuk menjaganya sebaik mungkin. Sesungguhnya itu adalah amanah dari Allah. Bimbinglah dia, didiklah dia, ajarilah dia.


Hai ! Nama  saya Ungku Nur Zafirah Zahra . Panggil Fira je.

Me visited his cousin's 2nd baby

sorry Farah n Dena. Cant help it
Nama saya Aisya Hani. Saya lahir pada 15 April 2013

Bermulalah saat-saat sanak saudara dan sahabat handai datang melihat bayi itu.. Bayi yang sering disebut-sebut.. mendoakan yang terbaik untuk bayi itu nanti. Ramai yang ingin melihat bayi itu membesar dengan kasih sayang yang cukup, memperoleh kehidupan yang diredhai, memiliki kehidupan yang dapat membahagian kembali ibu ayah dia. Terlalu banyak harapan itu untuk bayi itu yang tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lakukan kepadanya. Bayi itu hanya tahu mencari ibunya untuk menyusu, menangis..  dari situ bayi itu akan mengenal ibunya dahulu.. betapa kuatnya kasih sayang seornag ibu terhadap kita. apabila ibu menyusukan kita, seorang ibu sentiasa mendoakan semoga anak yang disusukan itu, menjadi seorang yang boleh membahagiakan mereka nanti. bukan memberi seribu kekecewaan, kesakitan.




Nama saya Adam Haikal. Saya seorang budak yang comel!



Semakin tinggi, semakin besar, semakin banyak perkara yang kurang indah telah meresapi jiwa anak muda itu, walhal anak muda itu pernah menjadi seorang bayi yang sering dicium, dipeluk dipangku oleh insan-insan yang tersayang dengan mendoakan yang terbaik. adakah anak muda itu telah membahagian ibu bapanya?? sudahkah dia membahagiakan mereka? sudahkan dia mengembirakan mereka?







Ya Allah sekiranya belum, sedarkan diri ini dari jauh terpesong.
Mari sama-sama kita membaca doa untuk ibu bapa kita.


Dan ingat. Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka setiap hari..




 Sesungguhnya siapalah aku di dunia ini tanpa mereka!
Allahu Akbar!










Saturday, March 30, 2013

My 1st Doodle

Muslimah Wanna Be



Sunday, December 9, 2012

Pasangan hidupku bukan dari pilihanku sendiri!!

Assalamualaikum semua..
apa khabar.. lama sudah tidak ketemukan..
maaflah.. dah laaaame sangat xupdate..
biasalah nak final sem ni mmg mcm ni..
lagi2 skrg tgh final exam week kan...

hari tu jumpa junior dkt TBS, sampaikan dia sempat bertanya, "kak, bile nk update blog Puteri Idaman tu"
hamboi.. menyempat je ..
ok lah atas permintaan ramai (perrghhhh mcm ramai pula yg follow blog aku kan. bajer retis blog! wakaka) aku pun update blog dgn cerita sedih aku...

sedih jugak lah sampai diri ni mengeluarkan airmata...
cerita sedih ni dah lme nk cerita..
so hari ni lah nk cerita.
here we go.!

hari tu, aku berjln2 dgn famili dkt area KL.. then dah cari barang terus balik kampung...
mcm biasa bile balik kg ramai pula yang balik.. ada je sedra mara balik..
tapi yg aku peliknya kenapa sampai ada org kg dtg kg nk rewang bagai..
tibe2 ada 2 3 khemah dkt depan rumah.. aku malas nk masuk hal org tua. so biarkan je..

pada kesokan harinya.. tibe2 aku sedar aku berpakaian seperti org ingin menikah!!
dengan veil, baju kurung berwarna cream bersulam dari atas smpai bawah...
siap pgg bunga n duduk atas tilam berbentuk bulat....
org ckp aku akan jadi tunang orang....

HA?! TUNANG ORANG! kenapa aku tak tahu nii....!!!!

hati berdegup kencang! mata mula mengalir bagaikan seorang keksih kehilangan cinta hatinya.
dalam bayangan aku pada waktu adalah jejaka yang ku inginkan selama ini.
saudara mara aku pun ada yg xtahu siapa bakal menjdi tunang aku tu.

jejaknya kaki seorang pemuda di ruang tamu, airmataku terus mengalir seperti air hujan yang trun dengan lebat!..
Ya Allah, kenapa dia menjadi pilihan org tua ku. kenapa bukan pilihan aku sendiri!
adakah ini suratan atau kebetulan.??
adakah ini takdir yang ditentukan olehNya utk ku..
Ya Allah.. aku menundukkan kepala ku ke bawah dan membiarkan air mata mengalir membasahi pipi.

aku terdgr suara ayah lantang bersuara " haihhh.. ni mesti guna kabel ibu dia ni.. tak setaraf lgsg"
kata2 ayah itu seolah2 tidak setuju akan keputusan yang di buat oleh ibu.
aku baru tahu selama ni ibu aku yg buat segala keputusan..

tiba2 majlis tersebut tergantung...gara2 aku larikan diri dari majlis..
dan terus pulang ke KL.
setiba di KL... aku pergi TBS.. bersua dgn kekasih hati aku yg terpahat di hati..
ibu aku nmpk aku bertemu dgnnya.. ibu tahu bahawa diriku tidak setuju akan keputusannya..
aku ceritakan segala2nya kpd dia.
ohh Tuhan apakah yang sedang terjadi.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

STOPPPP....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syukur Alhamdullilah.. itu semua bukanlah REALITI..!!!
Itu Semua hanyalah mainan mimpi sahaja.

*PEACE*

buka2 mata je, mmg mata dah berair sikit lahhh.. sikit je...
terkejot lah.hai....nasib baik lah mimpi je...

so tgk fon ada msj dari Ibundaku...
Pikah pun terus msj ibu ttg mimpi tu.
Let see the conversation....

Click On The Photo To View Larger

naaaa.... iPhone tau..!! jgn main2.. HomeMade mari! wakaka

ok lah lpas cerita kt ibu, smga ibu doakan yg terbaik utk anaknya.
mimpi itu sekadar renungan itu ku.

Semoga anda2 dijodohkan dengan insan yang baik, berpgg teguh pada agamnya,pndai jaga hati org tua, dpt membimbing,mendidik,menjaga diri anda dan dpt menjadi seorang ayah yang mitahli suatu hari nanti.
dan semstinya terimalah jodohmu sebaik mungkin. Itu yg terbaik.
InsyaAllah..

sebelum ini ada juga mimpi benda yg Lebih kurang sama.. 
check out this link --->>>> Mimpi Terindahku!
okeyh selamat membaca post2 yang berabad lamanya =p

oklah lain kali saya update lagi.
nak menghadap notes utk next paper.!

I'll see you soon then (dialog Dear John..kbai)
Wassalam...